PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT! DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS








Manfaat atau kegunaan kahoot


Kahoot adalah permainan yang berplatform akan pembelajaran percum sebagai teknologi pendidikan.



Latar belakang kahoot!
- KAHOOT! Merupakan platform dalam pembelajaran yang berasaskan kepada permainan. 
- KAHOOT diciptakan oleh Johan Brand, Jamie Brooker dan Marteen Versik.
- Dilancarkan Mac 2013 dan  diperkenalkan pada orang ramai pada September 2013.

Komen Mengenai Aplikasi KAHOOT.

- Pengunaan KAHOOT dengan stail  pembelajaran 
* Pengunaan portal KAHOOT dalam bentuk latih tubi, ulang kaji dan tugasan dalam talian telah menunjukkan pelajar semakin terangsang dan teruja untuk mempelajari topik yang dibincangkan. 
* Terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar dimana perbandingan keputusan kuiz KAHOOT.
* Penggunaan aplikasi KAHOOT dalam pembelajaran mendapati bahawa pelajar menunjukkan kecenderungan serta minta terhadap kaedah pengajaran pembelajaran. 
*Stail pembelajaran secara permainan atas talian ini merupakan medium alternatif yang efektif di dalam pengajaran secara lebih meluas agar pelajar lebih memamhami apa yang dipelajari. 

- Penggunaan KAHOOT dengan HOTS (Higher Order Thinking Skills)
* Higher Order Thinking Skills (HOTS) iaitu pemikiran aras tinggi yang merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).
* Terdapat 3 kategori pemikiran yang dapat dikenalpasti apabila menggunakan aplikasi KAHOOT ini. Antaranya: pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif. 
*Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau keawajaran sesuatu idea. Menggunakan aplikasi KAHOOT kita dapat melihat kecekapan mereka apabila membaca soalan dan menjawab soalan.
*Penyelesaian masalah yang berkait dengan proses penyelesaian masalah pelajar yang tidak dapat menghafal pelajaran yang telah diajar.
* Apabila menggunakan aplikasi KAHOOT ini, pelajar akan dapat menggunakan pemikiran kreatif yang mana mereka dapat merumus, membuat kesimpulan, menjana idea yang asli, luar biasa dan mencabar, melihat perhubungan/corak/pola, mengaitkan dan membuat analogi. 

- Penggunaan KAHOOT dengan kemahiran sosial pelajar.
* Memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, koloboratif dan menggalakkan interaksi antara pelajar. 
* Mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui penggunaan KAHOOT secara imteraktif.
* Pelajar akan bersaing untuk menjawab dengan betul dan pantas untuk mendapatkan markah maksimum. 
* Meningkatkan respon atau penglibatan pelajar semasa sesi PdP.

Bagaimana Aplikasi KAHOOT Membantu Guru Dalam Mencapai Hasil Pengajaran dan Pembelajaran.

- Interaktif 
* Pelajar dapat mengurus sendiri jawapan mereka di tablet, smartphone atau PC masing-masing. Pelajar lebih cenderung tertarik untuk melibatkan diri secara aktif.

- Mempunyai sistem ranking.
* Dalam aplikasi KAHOOT, selepas pelajar menjawab soalan, akan keluar satu ranking yang akan dikeluarkan yang mana 5 pelajar akan dipaparkan dengan markah paling tinggi. 
* Dalam hal ini, pelajar akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan pantas dan betul semata-mata untuk mendapat tempat teratas. 
* Memotivasikan pelajar untuk belajar dengan yakin dan bersaing dengan rakan-rakan sekelas secara sihat dan menyeronokkan. 

- Kebebasan dalam membentuk soalan.
* Penggunaan aplikasi KAHOOT ini mudah untuk guru gunakan dan soalan yang hendak dimasukkan tidaklah terikat dan bebas untuk guru menetapkan beberapa soalan yang hendak dimasukkan. 
* Tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan juga boleh ditetapkan mengikut kehendak guru. 
* Gambar rajah, bentuk soalan dan video juga boleh diletakkan mengikut kehendak dan kreativiti guru. 

- Mudah diakses
* Memandangkan aplikasi KAHOOT menggunakan akses online, maka ia boleh digunakan bila-bila masa dan tempat selagi terdapat capaian internet. 
* Aplikasi ini juga digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dalam kelas, boleh dijadikan latihan pengukuhan dan persediaan murid dalam membincangkan soalan-soalan peperiksaan. 

 Kekangan Menggunakan Aplikasi KAHOOT Di Dalam Kelas
- Penerimaan pengunaan teknologi dalam kalangan guru.
* Guru tidak mengikut perkembangan ICT dalam PdP.
*Penggunaan teknologi dalam kelas kurang dilaksanakan. 
* Guru lebih suka menggunakan kaedah tradisional.
* Guru perlu dibekalkan latihan dalam kemahiran ICT.

- Sikap guru
* Lebih suka menggunakan kaedah konvensional, lebih relevan dengan sistem peperiksaan .
* Berasa risau untuk menghadapi sebarang perubahan. 

- Kekangan masa & beban tugas
* Memerlukan penggunaan komputer atau telefon mudah alih di dalam kelas.
* Memerlukan masa yang panjang untuk menyediakan. 
* Mempunyai tugas-tugas yang lain, dilanda kesibukan untuk menyediakan bahan mengajar. 

- Keadaan peralatan yang usang
* Ketiadaan modal & semak semula yang dilakukan oleh pihak sekolah.
* Sekolah tercicir daripada mendapatkan bekalan peralatan ICT yang baru.
* Aplikasi  KAHOOT tidak akan bergerak apabila rangkaian internet tidak ada. 

- Keadaan kelas menjadi bising
*Menarik perhatian pelajar
* keadaan akan lebih huru-hara apabila pelajar tidak tahu bagaimana aplikasi KAHOOT ini memainkan peranan dalam PdP.
* Menganggu  kelas lain untuk belajar.
* Guru perlu membawa pelajar ke makmal komputer agar tidak menganggu kelas pelajar yang lain.

Manfaat / Kelebihan Menggunakan KAHOOT dalam Kelas.

-Guru boleh membina pelbagai kuiz yang berkaitan dengan topik yang hendak diuji.
- Para pelajar dapat melihat kepantasan mereka menjawab soalan maklumat kedudukan  dan masa yang dipaparkan pada skrin utama. 
- Membantu guru untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan bagi memperbaiki kelemahan pelajar mengenai sesuatu topik

Comments